ads

menu tab

Hoverable Dropdown

Hoverable Dropdown

Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Monday, 12 July 2021

SENTIASA FIKIR YANG POSITIF

Aku merenung kembali setiap perkara yang pernah aku lakukan dalam hidupku. Sejujurnya ada perkara yang aku kesali tapi aku juga tahu setiap yang berlaku ada hikmahNya. Hidup tetap perlu diteruskan meski kita rasa kecewa, marah, sedih dan segala perasaan negatif yang ada dalam diri kita.. Tapi semua itu tak membawa apa-apa kebaikan melainkan kita perlu memaafkan agar hati lebih tenang. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup aku itulah yang mendewasakan aku. Ya! itulah pengalaman hidup. Semakin kita dewasa semakin banyak masalah yang datang juga pergi. Tapi percayalah. Jangan cepat putus asa. Ingatlah Allah sentiasa ada bersamamu dan sentiasalah bersabar walau apa pun ujian hidup yang kau hadapi. 

Aku tersenyum sendiri saat teringat setiap kenangan manis. Aku juga menangis saat terbayang kenangan pahit yang melukakan hati. Tapi tanpa kepahitan kita takkan kenal erti kemanisan. Setiap perkara yang mengecewakan kita pasti ada perkara baik lain yang Allah kurniakan untuk kita. Janganlah bersedih dan selalulah yakin Allah sebenarnya kurniakan yang terbaik untukmu.

Kita sering berfikir bahawa jika boleh berpatah semula kita takkan lakukan perkara seperti begitu dan begini atau terlibat dengan perkara sekian dan sekian. Tapi, sayangnya masa tak boleh berundur kembali. Tetaplah bersabar dan jangan ulangi lagi kesilapan lalu. Belajarlah menghargai dan layanlah orang sekelilingmu dengan sebaiknya. 

Semakin kita dewasa kita akan memperoleh banyak pengalaman sama ada ia pengalaman yang indah atau tidak, semua ada kebaikan tersendiri. Jangan bersedih atau kecewa jika kau memiliki banyak pengalaman yang tidak baik tapi lihatlah dari sudut positif dan teruslah muhasabah diri untuk perbaiki dirimu menjadi insan yang lebih baik. 


Thursday, 21 March 2019

SEMUA ALLAH DAH BAGI TAPI KENAPA MASIH TAK BAHAGIA?

Hari ni aku nak mencoretkan pandangan aku tentang "SEMUA ALLAH DAH BAGI TAPI KENAPA MASIH TAK BAHAGIA?"

Sebelum aku teruskan penulisan aku ni.. aku nak tanya korang.. korang faham tak apa itu bahagia? Dulu aku berpendapat yg bahagia tu merupakan satu perasaan GEMBIRA sahaja.. tapi hakikatnya.. bahagia tu bukan hanya ada pada perkara yang gembira.. tetapi sebenarnya kekecewaan itu juga bahagia.. kesedihan itu juga bahagia. penderitaan itu juga bahagia.. cuma yang membezakan semua itu adalah sama ada kita REDHA atau TIDAK dalam menerima kesedihan, kekecewaan dan penderitaan tu..

Sebab tu.. walaupun ada segelintir orang yang menghadapi saat yang sukar dalam hidupnya.. dia tetap rasa BAHAGIA.. sebab apa.. sebab dia REDHA dalam menerima ujian yang Allah berikan..

Aku menulis di sini bukan kerana aku berada dalam keadaan yang bahagia sekarang.. tapi kerana aku sedar.. betapa pentingnya untuk kita selalu bersyukur kepada Allah walaupun dalam keadaan sedih sekalipun.. bersyukur kerana diuji.. itu bermakna Allah sayang kita.. Allah mahu kita selalu dekat denganNya..

Aku tahu.. bila kita diuji dengan perkara yang diluar jangkaan.. kita mudah MARAH.. mudah SEDIH dan mudah KECEWA.. Malah kita mempersoalkan KENAPA ALLAH UJI AKU MACAM NI? KENAPA MESTI AKU LALUI SEMUA NI?.... Sampai satu tahap kita tak nampak hikmahNya diuji.. Mungkin Allah nak tunjuk kepada kita siapa yang akan selalu bersama kita saat susah dan senang.. kadang Allah nak sedarkan kita supaya jangan terleka dengan DUNIA..

Bagi pendapat aku.. KEBAHAGIAAN bukanlah apabila kita memiliki segalanya.. tapi.. KEBAHAGIAAN ITU WUJUD kerana KEIKHLASAN kita dalam menempuh apa jua bentuk dugaan yang Allah berikan.. 

KEBAHAGIAAN YANG PALING DEKAT dengan kita ialah.. EMAK DAN AYAH kita.. Sekarang aku tengok ramai anak muda kat luar sana selalu abaikan mak dan ayah diorang.. kebanyakan diorang tak respect mak dan ayah.. melawan cakap mak dan ayah serta meninggi suara.. dalam agama Islam itu sendiri menggalakkan agar berlemah-lembut terhadap kedua orang tua.. 

Percayalah.. semakin banyak kau bahagiakan diorang.. kau akan dapat lebih dari yang kau perlukan.. gembirakan diorang.. selalulah ucapkan kata-kata sayang kat diorang. masa kau kecil dulu kau selalu cakap kat mak ayah yang kau sayangkan diorang.. kau mesti nampak kan.. mak ayah tersenyum bila kau cakap macam tu.. kan? tapi bila dah besar kau lupa ke nak cakap tu semua? kalau kau bukan orang yang berharta.. cukuplah kau tunjukkan kelakuan yang baik.. jadilah anak yang menunjukkan jalan kebaikan.. jadilah anak yang soleh dan solehah buat mereka.. itu dah cukup untuk buat mereka SANGAT BAHAGIA..


Sekian.. tu je coretan aku kali ni.. 
kalau ada silap dan salah dalam aku menulis coretan ni.. harap korang tegur dan betulkan ya..


 والله أعلمُ بالـصـواب

*APA YANG DICORETKAN DALAM  ENTRI INI ADALAH MELALUI PANDANGAN PENULIS SAHAJA*

Thursday, 14 February 2019

WANITA SOLEHAH

Aku selalu perhatikan kawan-kawan aku yang dah kahwin sama ada kawan di alam maya atau di dunia realiti kebanyakan mereka lalai dalam menjaga maruah diri dan keluarga.. walaupun perkara tu simple je bagi diorang tapi kesannya akan membawa kepada timbulnya fitnah dan nama baik suami serta keluarga akan terjejas.
Mungkin Allah perlihatkan aku semua ni untuk sedarkan diri aku ni yang juga membuat kesilapan bukan hanya mereka.. 
Kadang Allah bagi kita lihat aib orang agar kita belajar menutup aib dia dan tidak ceritakan pada orang lain, kadang Allah buka kan pintu hati kawan kita untuk share masalah dia kat kita agar kita mempelajari sesuatu melalui apa yang kawan kita share.. 
Kadang Allah temukan kita dengan orang yang selalu banyak masalah dalam hidup dia dan kita sebagai kawan atau sahabat berilah semangat yang positif dan nasihat yang baik agar dia tidak terus terjerumus dalam dosa.. 
Pendek kata, setiap yang berlaku tu ada hikmah-Nya. Percayalah pada Allah dan yakinlah bahawa dalam setiap kesulitan pasti ada kemudahannya..
So, sebab aku selalu lihat dan dengar tentang masalah kawan / sahabat aku.. aku share di sini tentang WANITA SOLEHAH.. moga ada manfaat buat anda semua.. post ni aku kongsikan bukan hanya untuk mereka di luar sana tetapi juga untuk mengingatkan diriku sendiri yang pernah melakukan kesilapan.. 

Kemuliaan Wanita
Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedudukan wanita itu sendiri. Begitu banyak kelebihan wanita yang disebutkan oleh nas-nas yang sahih. Di antaranya adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ [Riwayat Muslim (715)]

Imam al-Qurthubi menafsirkan makna wanita yang solehah dalam hadith tersebut dengan katanya:

“Iaitu (wanita) yang menggembirakan (suami) apabila dilihat, apabila diberi arahan dia taat, dan apabila ketiadaan suaminya dia memelihara (kehormatan suaminya) pada dirinya dan juga hartanya.”

Hal ini merujuk kepada sabda Nabi SAW:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ
Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” [Riwayat Abu Daud (1664)]

Begitu juga seorang wanita yang baik adalah mereka merupakan isteri yang menjadi tunjang kekuatan kepada suami mereka. Hal inilah yang ditunjukkan oleh Umm al-Mu’minin Khadijah bint Khuwailid R.Anha apabila Rasulullah SAW berada dalam keadaan takut yang bersangatan usai menerima wahyu yang pertama, Khadijah menenangkan baginda dengan katanya:

كَلاَّ وَاللَّهِ مَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا، إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَحْمِلُ الْكَلَّ، وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ، وَتَقْرِي الضَّيْفَ، وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ‏
Maksudnya: “Sama sekali tidak demi Allah, Dia tidak akan menghinakan kamu. Sesungguhnya kamu adalah orang yang menghubungkan silaturahim, menanggung bebanan orang miskin, membantu orang yang kesusahan, menyambut dan memuliakan tetamu, serta membantu orang yang berhak.” [Riwayat al-Bukhari (3)]

Copy & Paste dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 والله أعلمُ بالـصـواب