Hari ni aku nak mencoretkan pandangan aku tentang "SEMUA ALLAH DAH BAGI TAPI KENAPA MASIH TAK BAHAGIA?"
Sebelum aku teruskan penulisan aku ni.. aku nak tanya korang.. korang faham tak apa itu bahagia? Dulu aku berpendapat yg bahagia tu merupakan satu perasaan GEMBIRA sahaja.. tapi hakikatnya.. bahagia tu bukan hanya ada pada perkara yang gembira.. tetapi sebenarnya kekecewaan itu juga bahagia.. kesedihan itu juga bahagia. penderitaan itu juga bahagia.. cuma yang membezakan semua itu adalah sama ada kita REDHA atau TIDAK dalam menerima kesedihan, kekecewaan dan penderitaan tu..
Sebab tu.. walaupun ada segelintir orang yang menghadapi saat yang sukar dalam hidupnya.. dia tetap rasa BAHAGIA.. sebab apa.. sebab dia REDHA dalam menerima ujian yang Allah berikan..
Aku menulis di sini bukan kerana aku berada dalam keadaan yang bahagia sekarang.. tapi kerana aku sedar.. betapa pentingnya untuk kita selalu bersyukur kepada Allah walaupun dalam keadaan sedih sekalipun.. bersyukur kerana diuji.. itu bermakna Allah sayang kita.. Allah mahu kita selalu dekat denganNya..
Aku tahu.. bila kita diuji dengan perkara yang diluar jangkaan.. kita mudah MARAH.. mudah SEDIH dan mudah KECEWA.. Malah kita mempersoalkan KENAPA ALLAH UJI AKU MACAM NI? KENAPA MESTI AKU LALUI SEMUA NI?.... Sampai satu tahap kita tak nampak hikmahNya diuji.. Mungkin Allah nak tunjuk kepada kita siapa yang akan selalu bersama kita saat susah dan senang.. kadang Allah nak sedarkan kita supaya jangan terleka dengan DUNIA..
Bagi pendapat aku.. KEBAHAGIAAN bukanlah apabila kita memiliki segalanya.. tapi.. KEBAHAGIAAN ITU WUJUD kerana KEIKHLASAN kita dalam menempuh apa jua bentuk dugaan yang Allah berikan..
KEBAHAGIAAN YANG PALING DEKAT dengan kita ialah.. EMAK DAN AYAH kita.. Sekarang aku tengok ramai anak muda kat luar sana selalu abaikan mak dan ayah diorang.. kebanyakan diorang tak respect mak dan ayah.. melawan cakap mak dan ayah serta meninggi suara.. dalam agama Islam itu sendiri menggalakkan agar berlemah-lembut terhadap kedua orang tua..
Percayalah.. semakin banyak kau bahagiakan diorang.. kau akan dapat lebih dari yang kau perlukan.. gembirakan diorang.. selalulah ucapkan kata-kata sayang kat diorang. masa kau kecil dulu kau selalu cakap kat mak ayah yang kau sayangkan diorang.. kau mesti nampak kan.. mak ayah tersenyum bila kau cakap macam tu.. kan? tapi bila dah besar kau lupa ke nak cakap tu semua? kalau kau bukan orang yang berharta.. cukuplah kau tunjukkan kelakuan yang baik.. jadilah anak yang menunjukkan jalan kebaikan.. jadilah anak yang soleh dan solehah buat mereka.. itu dah cukup untuk buat mereka SANGAT BAHAGIA..
Sekian.. tu je coretan aku kali ni..
kalau ada silap dan salah dalam aku menulis coretan ni.. harap korang tegur dan betulkan ya..
والله أعلمُ بالـصـواب
*APA YANG DICORETKAN DALAM ENTRI INI ADALAH MELALUI PANDANGAN PENULIS SAHAJA*
sayang emak dan ayah selamanya
ReplyDelete