MENGENAI KAMI
Kaite Legacy Enterprise merupakan syarikat yang memberi fokus utama dalam menghasilkan produk seni kait, buat masa ini kami menghasilkan dan menjual sarung bantal kait dan kami juga turut merancang akan menghasilkan dan menjual pelbagai produk pada masa akan datang.
Syarikat ini masih baru ditubuhkan iaitu pada 9 Mac 2025 bersamaan 8 Ramadan 1446h. Ia ditubuhkan kerana permintaan produk seni ini semakin lama semakin meningkat dan mempunyai nilai tersendiri dalam pasaran. Tambahan pula, ia merupakan buatan tangan dan memerlukan masa dalam penghasilannya.
Pengasas syarikat ini ialah Puan Siti Khadijah bersama Cik Norkamariah. Pengasas syarikat ini menguruskan kewangan dan operasi serta pengeluaran. Manakala, Pengasas bersama membantu dalam pentadbiran dan jualan serta pemasaran.
Secara umumnya, setiap perniagaan pasti ada saingan, begitu juga syarikat kami. Teknologi yang canggih pada hari ini mampu mewujudkan mesin yang menghasilkan produk seni kait dengan lebih cepat pada harga yang lebih murah. Malah, teknologi maklumat dan media sosial juga merupakan saingan kami dimana semakin ramai yang tertarik untuk menghasilkan produk seni kait untuk menjana pendapatan.
Namun, saingan yang ada bukanlah satu halangan untuk kami meneruskan legasi perniagaan kami. Kami memutuskan untuk menghasilkan produk yang berkualiti dengan rekaan yang unik. Malah kami menyediakan perkhidmatan agar pelanggan dapat menempah rekaan mengikut kesesuaian yang mereka mahukan. Kami berharap pelanggan berpuas hati dengan kualiti dan rekaan kami yang unik dan tersendiri.
Akhir kata dari kami. Doakan perniagaan kami terus maju dan berjaya. Terima kasih atas sokongan anda semua. Semoga Allah kurniakan kebaikan dunia dan akhirat buat anda semua. Aminn.
No comments:
Post a Comment