ads

menu tab

Hoverable Dropdown

Hoverable Dropdown

Thursday, 14 February 2019

WANITA SOLEHAH

Aku selalu perhatikan kawan-kawan aku yang dah kahwin sama ada kawan di alam maya atau di dunia realiti kebanyakan mereka lalai dalam menjaga maruah diri dan keluarga.. walaupun perkara tu simple je bagi diorang tapi kesannya akan membawa kepada timbulnya fitnah dan nama baik suami serta keluarga akan terjejas.
Mungkin Allah perlihatkan aku semua ni untuk sedarkan diri aku ni yang juga membuat kesilapan bukan hanya mereka.. 
Kadang Allah bagi kita lihat aib orang agar kita belajar menutup aib dia dan tidak ceritakan pada orang lain, kadang Allah buka kan pintu hati kawan kita untuk share masalah dia kat kita agar kita mempelajari sesuatu melalui apa yang kawan kita share.. 
Kadang Allah temukan kita dengan orang yang selalu banyak masalah dalam hidup dia dan kita sebagai kawan atau sahabat berilah semangat yang positif dan nasihat yang baik agar dia tidak terus terjerumus dalam dosa.. 
Pendek kata, setiap yang berlaku tu ada hikmah-Nya. Percayalah pada Allah dan yakinlah bahawa dalam setiap kesulitan pasti ada kemudahannya..
So, sebab aku selalu lihat dan dengar tentang masalah kawan / sahabat aku.. aku share di sini tentang WANITA SOLEHAH.. moga ada manfaat buat anda semua.. post ni aku kongsikan bukan hanya untuk mereka di luar sana tetapi juga untuk mengingatkan diriku sendiri yang pernah melakukan kesilapan.. 

Kemuliaan Wanita
Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedudukan wanita itu sendiri. Begitu banyak kelebihan wanita yang disebutkan oleh nas-nas yang sahih. Di antaranya adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ [Riwayat Muslim (715)]

Imam al-Qurthubi menafsirkan makna wanita yang solehah dalam hadith tersebut dengan katanya:

“Iaitu (wanita) yang menggembirakan (suami) apabila dilihat, apabila diberi arahan dia taat, dan apabila ketiadaan suaminya dia memelihara (kehormatan suaminya) pada dirinya dan juga hartanya.”

Hal ini merujuk kepada sabda Nabi SAW:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ
Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” [Riwayat Abu Daud (1664)]

Begitu juga seorang wanita yang baik adalah mereka merupakan isteri yang menjadi tunjang kekuatan kepada suami mereka. Hal inilah yang ditunjukkan oleh Umm al-Mu’minin Khadijah bint Khuwailid R.Anha apabila Rasulullah SAW berada dalam keadaan takut yang bersangatan usai menerima wahyu yang pertama, Khadijah menenangkan baginda dengan katanya:

كَلاَّ وَاللَّهِ مَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا، إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَحْمِلُ الْكَلَّ، وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ، وَتَقْرِي الضَّيْفَ، وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ‏
Maksudnya: “Sama sekali tidak demi Allah, Dia tidak akan menghinakan kamu. Sesungguhnya kamu adalah orang yang menghubungkan silaturahim, menanggung bebanan orang miskin, membantu orang yang kesusahan, menyambut dan memuliakan tetamu, serta membantu orang yang berhak.” [Riwayat al-Bukhari (3)]

Copy & Paste dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment